Isnin, 6 Februari 2012

Anak alim, ibu sosial dalam telemovie Telekung Buat Mama di TV3.

Hai, malam ini ada lagi sebuah telemovie Istimewa Maulidur Rasul yang bertajuk Telekung Buat Mama di TV3. Anda mesti tonton telemovie ni sebab ianya berlaku dalam realiti hidup kita. Telemovie ini mengangkat tentang isu anak alim, ibu sosial. Bagaimana keadaan anak yang taat pada agama, mendapat ibu yang lalai dengan harta dunia? Jawapannya ada dalam telemovie yang bersiaran pukul 9 malam nanti di TV3.

Antara pelakon Telekung Buat Mama, Fahrin Ahmad dan Faradhiya

Telemovie ini dibintangi oleh Faradhiya, Erin Malek, Fahrin Ahmad, Khatijah Tan dan ramai lagi. Sedikit sinopsisnya, Athirah (Erin Malek) yang dibesarkan oleh neneknya setelah ibu bapanya bercerai. Ibu Athirah, Jamie (Faradhiya) sudah 8 tahun tidak pulang ke kampung. Suatu hari, Jamie dikejutkan dengan berita pemergian ibunya. Kepulangan Jamie disambut oleh Athirah. Jamie membawa Athirah tinggal bersamanya di bandar. Athirah terkejut melihat cara hidup ibunya yang sering bersosial dan tidak pernah mengerjakan solat. Pada majlis ulangtahunnya, Jamie menyuruh Athirah memakai gaun yang mendedah aurat. Tetapi, Athirah hanya berpenampilan ringkas, berseluar panjang dan bertudung. Malah, Jamie terkejut dengan hadiah pemberian Athirah iaitu sehelai telekung putih. Athirah beredar selepas tidak sanggup untuk berada di majlis tersebut. Athirah tergamam apabila melihat ibunya dilanggar kereta di hadapannya (Sumber: Gua). Dijamin, anda akan sedih melihat ending telemovie ini.

Antara babak Erin Malek dan Faradhiya dalam Telekung Buat Mama 
Sumber gambar: Budiey

Okelah, sama-sama kita saksikan telemovie yang penuh pengajaran ini ye. Selamat bercuti kepada anda yang mendapat cuti pada hari ini. Udada Ubabye!!


ED: Selamat menonton!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi