Hai, dalam tatabahasa Bahasa Melayu, kata tanya digunakan untuk bertanyakan sesuatu perkara. Contoh kata tanya seperti siapa, bila, bagaimana, di mana, apakah, berapa dan kenapa. Jom ikuti soal jawab ED bersama anak murid ED setelah ED selesai memberi penerangan tentang topik tersebut kepada mereka.
ED: Alyah (bukan nama sebenar) sila berdiri.
Alyah: (dia berdiri dan memandang ED)
ED: Saya nak tanya awak balik. Kalau nak tanya orang, kita pakai kata tanya yang mana?
Alyah: (dia diam sahaja..)
ED: Kalau nak tanya tentang orang, kita pakai kata tanya "siapa" atau "bila"?
Alyah: (dia diam lagi..)
ED: Nak tanya nama orang, pakai kata tanya apa?
Akhirnya dia jawab juga walaupun jawapannya salah. Nak tahu dia jawab apa? Ikuti kesudahan dialog ini.
Alyah: Orang pakai baju!
ED tak boleh tahan lalu menundukkan kepala dan ketawa. Hehe.. Adoi, dugaan betul ED mengajar 4 Baiduri ni. Dah tolong bagi pilihan jawapan pun, bagi jawapan salah juga. Akhirnya, ED betulkan jawapan murid tersebut. Mungkin ED silap juga sebab guna istilah pakai dalam soalan tadi. Huhu.. ED akhiri dengan lagu Dendam Dalam Diam daripada Nora. Dah lama tak dengar lagu tu kan? Udada Ubabye!!
ED: Jadilah diam-diam ubi, berisi..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan