Sabtu, 11 Februari 2012

Fahrin Ahmad jadi cikgu Fasha Sandha dalam Seindah Sakura TV3

 Seindah Sakura, akan datang dalam slot Akasia TV3

Hai, walaupun drama Seindah Sakura lambat lagi akan ditayangkan di TV3, tetapi ED nak kongsi juga dengan anda tentang daya penarik drama ini. Bila ED lihat gambar2 sekitar penggambaran drama Seindah Sakura ni, ED dapat rasakan drama ini bakal meletup dan mendapat jumlah penonton yang tinggi.

 Fahrin Ahmad jadi cikgu dalam Seindah Sakura

Dalam drama ini Fahrin Ahmad akan memegang watak sebagai cikgu kepada Fasha Sandha. ED suka tengok drama2 yang berkisahkan tentang dunia persekolahan macam drama Gemilang. Gambar2 di  bawah ini mesti akan membuatkan anda tak sabar untuk menyaksikan drama unggul TV3 ini.

Babak Fasha Sandha dihukum oleh Cikgu Fahrin

 Kesalahan apa yang Fasha lakukan sehingga dihukum sebegini rupa?

Garangnya Cikgu Fahrin Ahmad..

Dalam drama ini, Fasha Sandha memegang watak Shakira iaitu pelajar miskin. Babak ini mesti akan membuatkan anda tersentuh hati apabila Shakira terpaksa makan kuih yang sudah terjatuh di kelasnya.

Gandingan Fahrin dan Fasha yang bakal menggamit kesetiaan penonton TV3

Nampak real pulak gambar ni..

Bagaimana? Tengok gambar pun dah terasa best kan drama ni? Gambar2 dalam catatan ini ED perolehi daripada facebook We Love Fasha Sandha dan facebook rasmi Seindah Sakura. Drama Seindah Sakura dijangka tayang pada pertengahan tahun ini. Nanti, ED update lagi bila tarikh siarannya ye. Okelah, sama2 kita tunggu drama Seindah Sakura di TV3. Udada Ubabye!!

 Ini gambar candid kot. Cuba lihat tangan Fasha.. Hehe..



ED: drama ini masih dalam penggambaran lagi..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi