Assalammualaikum. Selamat menyambut Hari Maulidur Rasul kepada umat Islam semua. Semoga hari ini, kita dapat lebih mendekati dan mencontohi lagi cara Rasulullah, Nabi Muhammad S.A.W. Maklumlah, kita insan biasa yang sering kecewa bila diuji dan sering marah bila dikeji. Berbeza dengan Rasulullah yang kuat dan sabar bila diuji dan dikeji.
Jangan lupa saksikan pasangan ideal Remy Ishak dan Tiz Zaqyah malam ini di TV3.
Sumber gambar: diubahsuai daripada Gua.
Alhamdulillah, ED suka bila stesen TV memaparkan rancangan2 menarik sempena Maulidur Rasul. Rasanya dah macam suasana lebaran bila menonton TV pada hari Maulidur Rasul. Sungguh meriah! Bercakap tentang TV, malam ini jangan lupa saksikan telemovie hebat sempena Hari Maulidur Rasul di TV3 yang bertajuk "Runtuhnya Sebuah Dosa". Banyak pelakon hebat yang membintangi telemovie tersebut seperti Remy Ishak dan kekasihnya Tiz Zaqyah, Datuk Rahim Razali, Datuk Aziz Singah, Beto Kusyairi dan ramai lagi.
Trailer Runtuhnya Sebuah Dosa, arahan Eirma Fatima
Sedikit sinopsis telemovie ini ialah bagaimana Rashidi (Remy Ishak) seorang lelaki yang kuat pada ajaran agama menghadapi kekasihnya Emilda (Tiz Zaqyah) yang hidup dalam kesesatan dan cuba menyesatkan Rashidi. Walaubagaimanapun, kuasa Allah lebih besar dan Emilda diberi hidayah semasa dia koma kerana kejadian tanah runtuh. Sinopsis lanjut, boleh baca di Gua. Kalau anda nak tengok Tiz zaqyah bawa watak jahat, tontonlah telemovie Runtuhnya Sebuah Dosa, 10 malam ini di TV3. Udada Ubabye!!
ED: Tema Maulud Nabi tahun ini ialah, Persefahaman Asas Perpaduan Ummah.
cerita nie memng besyh!~
BalasPadamtapi nak taw, ape tajuk lagu dalam citew tue ?
apa2 pown cite ni memng best. banyak mesej yg tersirat..
ED dah jawab dalam catatan ini.. Pergi ke URL ini: http://edtv-zahidizakariya.blogspot.com/2012/02/lagu-latar-telemovie-runtuhnya-sebuah.html
Padam