Hai, hari ini ED nak update sedikit tentang pelakon-pelakon yang akan membintangi drama Tiga Janji. Terima kasih kepada para pembaca yang memberikan info untuk blog ini. Selain Liyana Jasmay dan Shahrizal, Shah Iskandar juga turut berlakon dalam drama ini. Shahrizal dan Shah Iskandar digandingkan sekali lagi selepas drama Atas Nama Cinta. Selain itu ada Hanez Suraya juga yang sering membawakan watak antagonis.
Shah Iskandar, Liyana Jasmay dan Shahrizal.
Hanez Suraya. Kalau anda tak kenal, dia ni berlakon jadi mak tiri Tasha Shila dalam drama Bunga April tahun lepas.
ED rasa drama ini mungkin berkisahkan tentang 3 janji antara Liyana Jasmay, Shahrizal dan Shah Iskandar. Janji apa? Sama-sama kita saksikan nanti pada 20 Mac ini. ED akhiri dengan lagu Janji Padamu nyanyian kumpulan Exist. Udada Ubabye!!
ED: Mesti best drama ni..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan