Hai, dah habis pun drama Vanila Coklat. Betul tak sinopsis Vanila Coklat Episod Akhir yang ED post minggu lepas? Kepada anda yang tak puas melihat Izara Aishah berlakon, saksikan lakonan dia dalam Amukan Pocong pulak di TV3. Dalam drama ni, anda tidak akan menyaksikan Izara berlakon adegan romantik tetapi dalam adegan yang boleh membuatkan anda menjerit sendirian. Jom lihat gambar Izara dalam drama seram ini.
Muka Izara Aishah nampak lain dalam drama ni?
Di belakang Izara ada pocong yang mahu membunuhnya..
Selain Izara, pelakon Vanila Coklat yang akan berlakon dalam drama Amukan Pocong ialah Iqram Dinzly. Jom lihat gambar2 Iqram Dinzly dalam drama ini.
Dalam salah satu babak Iqram Dinzly memegang ayam untuk upacara sihir
Selain Iqram, ada Ezany juga berlakon dalam drama ini
Iqram Dinzly memegang watak antagonis (jahat)
Gambar2 di atas kredit kepada Megat Rohaizal. Jangan lupa, saksikan drama seram Amukan Pocong mulai hari khamis ini di TV3. Jom kita lihat, di antara 13 pelakon cantik, siapa yang mati dahulu di episod pertama? Udada Ubabye!!
ED: Ramai yang tak puas tengok drama Vanila Coklat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan