Hai, ED mulakan catatan hari ini dengan menjawab soalan daripada seorang pembaca ni. Dia tanya, apa tajuk lagu Drama Atas Nama Cinta TV3? Jawapannya mudah sahaja, tajuk lagu tema drama tersebut ialah Atas Nama Cinta. Lagu tersebut dinyanyikan oleh Shahrizal, Shah Iskandar dan Fiza. ED pernah buat catatan tentang penyanyi lagu tema tersebut sebelum ini. Jika anda terlepas membacanya, klik sini.
Shah Iskandar, Fiza dan Shahrizal.
Minggu ini, lagu penuh Atas Nama Cinta telah diupload di Youtube. Anda dah dengar belum? Kalau belum, jom dengarkan lagu penuh berserta liriknya melalui video di bawah ini. Udada Ubabye!!
Fiza, Shah Iskandar dan Shahrizal menyanyi di Wanita Hari Ini TV3
ED: Lagunya mula menjadi perhatian ramai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan