Rabu, 7 Mac 2012

Request: Drama Bunga April TV3 Episod Akhir

Hai, nampaknya blog EDtv kini menjadi medan perantara untuk pembaca2 mendapatkan maklumat tentang tajuk lagu drama dan sinopsis drama2 tertentu. Semalam ada pembaca yang bertanyakan tentang kesudahan drama Bunga April yang tamat pada 18 Januari lalu. Katanya, dia tidak sempat menyaksikan episod akhirnya kerana bekerja.


ED dah cek dekat Youtube, video episod akhir Bunga April tiada di situ. Kalau anda nak tahu apa yang berlaku dalam episod akhir drama tersebut, sinopsisnya adalah seperti berikut:

Sebenarnya Johar (Zack) bukanlah sekejam yang disangka. Perbuatan2 jahatnya kepada April (Tasha Shilla) sebelum ini semata-mata ingin melindungi isterinya daripada dibunuh oleh musuh2nya termasuk ayahnya sendiri. Hubungan rapatnya kepada mak tiri April juga semata2 ingin mendapatkan maklumat tentang perancangan ayah April dan pakciknya. Akhir drama ini, Johar meninggal dunia akibat kanser yang dihidapi.


Kalau anda nak lihat juga episod akhirnya, anda boleh ke blog Kepala Bergetar dan download drama ini. Itu sahaja yang ED boleh bantu. Udada Ubabye!!



ED: Anda bertanya, insyaAllah ED akan jawab..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi