Assalammualaikum. Malam ini merupakan episod terakhir drama Dingin Lavenda. ED nak bagi teaser untuk episod malam ini. Mesti anda lebih tak sabar nak tengok kemuncak drama ini kan?
Episod malam ini banyak mengisahkan tentang Murni. Banyak juga babak2 sedih. Jom lihat teaser di bawah ini merangkap sinopsis ringkas untuk episod akhir Dingin Lavenda.
Setelah Murni balik ke pangkuan ayahnya, dia bekerja mengambil upah menjahit baju untuk menyara diri dan ayahnya. Kesian, belajar jauh2 tetapi akhitnya bekerja di kampung juga.
Jannah merasakan dirinya penyebab Murni hancur. Dia merasa bersalah dan meminta suaminya menikah dengan Murni.
Kerana sayangkan Murni, Matthew sukar untuk menunaikan permintaan isterinya. Tetapi, akhirnya dia akur juga dengan permintaan isterinya..
Ha, yang ini anda kena tengok sendiri. Babak yang ini dijangka membuatkan penonton menitiskan airmata pada malam ini. Lagi 1, persoalan yang akan terjawab ialah mungkinkah Murni akan mati kerana AIDS?
Semoga anda berpuas hati dengan kesudahan drama ini. Minggu hadapan, drama baharu Bunga-Bunga Syurga akan menyusul dalam slot Zehra TV3. Udada Ubabye!!
ED: Selamat menonton!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan