Isnin, 9 April 2012

Alamat emel

Hai, takde rancangan TV best la malam ni. ED tak minat drama Apa Celop TV3. Apa kata, ED update blog tentang kisah ED di sekolah pagi tadi. Cerita ini menarik juga untuk dikongsi.


Kisahnya begini, semasa ED berbincang tentang jawapan buku kerja murid, ada la jawapan tentang alamat emel. ED pun ajar la murid2 4 Baiduri untuk menyebut alamat emel itu. Walaupun mereka kelas terakhir, ED nak mereka tahu bagaimana menyebut alamat emel itu. Inilah alamat emel itu..


Jom ikuti dialog ED bersama murid2 kelas ED pagi tadi..

ED: Murid2, dalam alamat emel ni, kalau awak nampak huruf a yang macam bulat tu sebutannya "at". Yang noktah tu pulak sebutannya "dot". Jadi awak sebut, adu disiplin "at" moe "dot" gov "dot" my.

Murid2: Ohhh...

ED: Sekarang awak semua ikut cikgu sebut, adu disiplin "at" moe "dot" gov "dot" my.

Murid2: adu disiplin "at" moe "dot" gov "dot" my.

ED: Oke, sekarang awak sebut sekali lagi. Cikgu kira sampai 3, lepas tu awak semua sebut.

Murid2: Ok!

ED: Oke, satu.... dua... tiga.... sebut!! 

Mampukah murid2 ED menyebut kembali alamat sesawang yang ED tulis di papan hitam itu? Jom ikuti kesudahan cerita ini. 

Murid2: Sebut....!! (semua murid jawab sebut..)

ED: Saya bukan suruh cakap "sebut", saya suruh awak sebut balik apa yang saya ajar tadi. Huhh..

Hahaha... ED tergelak seketika. Lain yang suruh disebut, lain pulak yg murid2 ED sebut. Bayangkan, 1 kelas cakap perkataan "sebut". ED gagal memahamkan mereka hari ini. Takpe, lain kali ED ajar lagi. Mungkin ini kali pertama, murid2 ED sebut alamat emel. Udada Ubabye!!



ED: Sabar....

2 ulasan:

  1. tulisan ed ke kat papan hitam tu? kemasnya

    BalasPadam

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi