Hai, catatan hari ini masih cerita ED di sekolah. Pagi tadi, semasa ED membawa murid2 Moral darjah 3 ke Bilik Moral, ada beberapa orang murid India bertanyakan soalan kepada ED.
Murid: Cikgu, kenapa mereka main kertas-kertas?
ED: Mana?
Murid: Di sana. (sambil menunjukkan jarinya ke arah murid2 yang disebutnya tadi)
Setelah ED melihat ke arah yang ditunjukkan, ED terketawa sekejap. ED menerangkan kepada murid2 India tersebut bahawa murid2 yang disangka bermain kertas itu, sebenarnya bukan bermain kertas. Jom lihat gambar di bawah ini, murid2 yang disangka bermain kertas itu ialah....
Murid-murid tahun 3 sedang berlatih tarian kuda kepang untuk hari PIBG nanti.
Mungkin murid2 Moral ED pertama kali melihat latihan tarian kuda kepang. Warna kudanya pulak putih. Itu yang mereka sangkakan murid2 di dalam gambar ini sedang bermain kertas-kertas. Hehe.. Okelah, setakat ini sahaja cerita untuk hari ini. Udada Ubabye!!
ED: Tarian kuda kepang terkenal di Johor.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan