Ahad, 8 April 2012

Ramalan ABPBH 2011 malam ini.

Hai, malam ini akan berlangsungnya Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011. Hari ini, ED nak bersembang tentang ramalan pemenang Anugerah Bintang Popular 2011 malam ini. Jom lihat dahulu 2 nama artis yang dicanang-canang bakal membawa sebuah kereta malam ini.

 Aaron Aziz versi Shaheizy Sam.
Sumber gambar: Mstar

Antara Aaron Aziz dan Shaheizy Sam, yang mana pilihan anda? Secara jujur, ED akan pilih Shaheizy Sam atas sebab2 tertentu. Tetapi di mana2 laman web dan blog2, ramai yang menjangkakan Aaron Aziz akan membawa balik banyak hadiah malam ini. Siapa pun yang menang, itu adalah pilihan majoriti pembaca Berita Harian. Jangan nak banyak bunyi jika artis kegemaran anda tak menang.

 Aaron Aziz popular menerusi filem Ombak Rindu dan drama Nora Elena. Kalau dia menang 2 kategori malam ini, sudah sah la ABPBH 2011 dia yang dapat.

 Shaheizy Sam popular menerusi filem Adnan Sempit 2. Tetapi, peminat setia dia memang ramai.
Sumber 2 gambar di atas: Budiey.

Bercakap tentang Anugerah Seri Perak ABPBH 2011, ED yakin 99.9% bahawa Dato Siti Nurhaliza akan menang. Kehebatan dan pengikut penyanyi nombor 1 Malaysia ini tidak perlu kita pertikaikan lagi.

Dato Siti Nurhaliza

Okelah, sama-sama kita saksikan ABPBH 2011 pukul 9 malam ini di TV3. Udada Ubabye!!
 



ED: Dengarnya, banyak persembahan hebat malam ini..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi