Assalammualaikum. Catatan hari ini masih tentang kisah ED di sekolah. Siapa suka angkat tangan! Hehe.. Kisah pagi tadi berlaku di waktu Moral murid tahun 3. Bila waktu Moral, murid2 suka berkongsi cerita dan mengadu dengan ED. Cerita hari ini agak mencemaskan. Pastikan anda membacanya sehingga habis.
Di dalam kelas Moral tadi, ada 3 orang murid berjumpa dan mengadu kepada ED tentang Mun (bukan nama sebenar). Mereka mendakwa Mun suka mencuri dan mengejek nama bapak mereka di dalam kelas (bukan waktu ED).
Murid 1: Cikgu, Mun dalam kelas ejek nama bapak saya. Dia kata bapak saya pergi mati.
Murid 2: Betul cikgu, Mun pun ejek nama bapak saya.
Murid 3: Lepas tu cikgu, dia suka curi barang murid lain. Jangan lepaskan dia cikgu.
ED: Betul ke? Saya tak percaya la.
ED memanggil Mun untuk mengetahui penjelasan dia. ED tak nak dengar aduan sebelah pihak sahaja. Jom ikuti cerita seterusnya.
ED: Kenapa awak ejek nama bapak diorang?
Mun: Tak cikgu, mereka semua tipu. (airmatanya mengalir)
Murid 1: Betul cikgu, jangan percaya cakap dia. Semua yang dia cakap, semua tipu...
Murid 2: Lagi kan cikgu, dia dalam kelas suka pukul orang. Dia gangster cikgu.
Murid 3: Betul cikgu, dia kata dia gangster. Dia ahli kumpulan gangster 36!
ED: Saya tak percayalah, awak semua pergi duduk buat kerja.
Murid 3: Betul la cikgu, kalau tak percaya, boleh tengok dekat kasut dia. Ada tanda kumpulan gangster 36!
ED: Ha, pergi ambil kasut Mun dan tunjuk pada saya sekarang.
Salah seorang murid pergi mengambil kasut Mun. Boleh percaya ke dengan tiga orang murid ni? Tak kan la darjah 3 dah ada kumpulan gangster? Macam tak logik, tapi tak mustahil juga. Sekarang, jom kita tengok kasut Mun. Betul ke ada tanda lambang Gangster 36?
Murid 3: Cikgu, tengok ni.
ED: Mana lambang Gangster 36?
Murid 3: Ini la cikgu!
Saiz kasut Mun yang 36 tu disangka lambang gangster.
ED: Hahahaha.... Dah awak semua pergi duduk.
Saiz 36 pada tapak kasut disangka lambang Gangster 36. Hahaha... Lawak lawak... ED tak sangka akan dapat cerita sebegini rupa hari ini. Memang tergelak besar ED dalam kelas tadi. Budak oh budak, boleh masuk Raja Lawak bila dah besar nanti. Udada Ubabye!!
ED: Kasihan pada Mun. Mungkin ini satu konfrontasi.
hahaha... yg ni mmg lawak..! haha..
BalasPadam