Jumaat, 25 Mei 2012

Air sirap

Hai, ini dia sedikit cerita ED di sekolah pagi tadi. Kisahnya tentang ragam murid semasa peperiksaan Pendidikan Seni. Sebelum peperiksaan bermula, ED menyuruh murid2 yg ingin menggunakan warna air supaya mengambil air di tandas terlebih dahulu. 


Sedang ED mengawas peperiksaan tersebut, ED terpandang seorang murid ni. Dia membancuh warna airnya dengan air sirap (bekal dia). Jom lihat gambar di bawah.

Nampak tak air sirapnya?

Bila ditanya kenapa dia guna air sirap, dia hanya senyum sahaja. Pelik, tapi kalau itu kemahuannya, apa nak dikata? Cuma sayang, air minumannya dijadikan air bancuhan warna air. Padahal, ED dah bagi keizinan untuk keluar mengambil air di tandas. Okelah, ED akhiri catatan hari ini dengan tabiat ED semasa musim peperiksaan. Udada Ubabye!!

Tulisan ED di papan hitam tadi. ED suka betul menulis dengan gaya yang berbeza macam ni. ED ingat lagi, dari tingkatan 4, ED suka menulis di papan hitam bila waktu peperiksaan dengan corak2 yg bagi segelintir orang keterlaluan. Hehehe..



ED: suka subjek Seni masa di sekolah dulu.

3 ulasan:

  1. Nasib dia guna air sirap..kalu dia guna air original dr botol tu..xharu jadinya..apa pun ED ni mmg kreatif sejak dr sek ren lg.. >_<

    BalasPadam

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi