Hai, hari ini ED nak kongsi kisah kelakar tentang murid2 4 Baiduri bercerita di dalam kelas Bahasa Melayu. ED memilih murid2 secara rawak untuk berkongsi cerita mereka di pasar malam. Tujuannya, ED nak ajar menulis karangan cerita berdasarkan pengalaman mereka pergi ke pasar malam. Kelakar sangat ke? Anda baca dan nilai sendiri.
Ada 3 cerita murid yang ingin ED kongsi bersama. Dah sedia untuk membacanya? Jom kita mulakan sekarang..
Cerita murid pertama
Murid: Pada hari Sabtu, saya suka pergi ke pasar malam. Saya pergi pada pukul 2 petang.
ED: Pukul 2 petang?
Murid: Ya, cikgu.
ED: Ok, teruskan.
Murid: Saya beli nasi lemak, roti prata dan ayam goreng.
ED: Ok, pukul berapa awak balik ke rumah?
Murid: Saya sampai di rumah pukul 1 petang.
ED: Hai, awak pergi pukul 2 petang, tak kan awak balik rumah pukul 1 petang. Mana boleh jam bergerak terbalik? (terus ED tergelak kehairanan... hehehe...)
Cerita murid kedua
Murid: Pada hari Jumaat, saya pergi ke pasar malam. Saya pergi pukul 7 malam.
ED: Ok, awak beli apa di pasar malam?
Murid: Saya beli hot dog dan air jagung.
ED: Ok, lepas tu pukul berapa awak balik ke rumah?
Murid: Pukul 20. (sungguh yakin murid tu menjawab)
ED: (Hahaha... ED tak boleh tahan lalu ketawa) Awak tengok jam dinding ni, sampai angka 12 je. Mana ada nombor 20?
Cerita murid ketiga
Murid: Pada hari Khamis, saya pergi ke pasar malam. Saya pergi pukul 5 petang. Saya beli ayam goreng dan kentang goreng.
ED: Ok, lepas tu awak balik ke rumah pukul berapa?
Murid: Pukul 5 malam.
ED: (Hahaha...) Mana ada pukul 5 malam. Pukul 5 hanya ada pagi dan petang sahaja.
Kesimpulannya hari ini, masih ramai lagi murid kelas ED yang belum mahir melihat jam. Maaf la, ED memang mudah ketawa di dalam kelas. Jadi, bila ada jawapan yang pelik2 macam ni, automatik ED akan ketawa. Kalau anda di tempat ED bagaimana? Okelah, ketawa2 juga, tetapi tugas mengajar mereka mesti diteruskan. Okelah, dah 3 cerita ED paparkan hari ini. Sekian dahulu dan Udada Ubabye!!
Suasana di pasar malam.
ED: Macam-macam ragam...
yg jawap 20 tuh mungkin terlampau mahir kot tgk jam ikut sistem 24. kul 20 maknanya 8 malam.hikhik
BalasPadamo0o0o0o0o0...ak tengah ajar tajuk TIME ni kt kelas ko tu..ish..belasah gak budak2 tu nantiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii
BalasPadamHahaha.. ko dah ada kemajuan komen blog aku.
Padam