Selasa, 22 Mei 2012

Doa ED makbul pada 1 Rejab 1433 Hijrah

Alhamdulillah, handphone Nokia N8 ED yang rosak semalam telah baik semula. Malam semalam, abang ED pergi bawa handphone tersebut untuk dibaiki. Syukur, handphone ED sebenarnya tidak rosak, cuma bateri didalamnya sahaja longggar. Peniaga kedai handphone tersebut berkata, itu masalah biasa bagi pengguna Nokia N8. Peniaga tersebut membantu mengetatkankan kembali bateri didalamnya tanpa meminta kos upah. Seronoknya...

Syukur, N8 ED dah OK semula.

Maghrib semalam kan dah masuk 1 Rejab 1433. Rasanya, doa ED supaya handphone ED pulih telah dimakbulkan Allah malam semalam. 

Malam semalam juga, ED telah menerima panggilan dan ditawarkan menjadi guru tuisyen tetap di salah sebuah pusat tuisyen bermula selepas cuti sekolah nanti. Secara jujurnya, ED malas nak ajar tuisyen sebelum ini. Tapi semalam ED rasa, mungkin dah tiba masanya untuk ED terima rezeki tersebut. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Udada Ubabye!!

 Lagu tema hari ini: Ungu, Alhamdulillah..



ED: Seronoknya bila doa termakbul.. Jom berdoa!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi