Rabu, 16 Mei 2012

Gambar babak penyesalan dalam drama Bonda episod akhir!

Hai, ED baru lepas tengok episod akhir drama Bonda di TV3. Eira Syazira memang betul2 pelakon air mata. Dalam episod tadi, banyak betul babak Eira Syazira menangis. Ditambah pulak dengan lagu Prasasti Cinta yang melankolik, memang sedih la.. Kenapa Eira Syazira menangis dalam episod tadi? Sebabnya sebelum ini dia menjadi anak yang derhaka kepada ibunya dan dia pernah menerajang perut ibunya. Akhirnya, dia tidak sempat meminta maaf kepada ibunya. Jom lihat gambar2 babak sedihnya..

Babak Eira Syazira tidak sempat meminta maaf kepada ibunya yang telah meninggal dunia

Babak semasa ibunya meninggal dunia, memang mengharukan..

Babak Eira Syazira mencium kaki ibunya..

Babak penyesalan Eira Syazira kerana derhaka kepada ibunya semasa ibunya hidup

Babak ni paling sedih, adiknya berkata tentang amanat ibunya, walaupun Eira derhaka kepada ibunya, ibunya tetap memaafkannya dan mendermakan buah pinggang agar dia terus hidup. 

Drama Bonda banyak pengajaran dan iktibar. Pengajaran utamanya, janganlah derhaka kepada ibu. Jika ada salah, cepat2lah meminta maaf sebelum terlambat. Okelah, yang tak tengok drama ni, anda boleh ke laman web Tonton. Dijamin drama ni best. Udada Ubabye!!




ED: Episod akhir drama Bonda sangat best!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi