Khamis, 10 Mei 2012

Kad Hari Guru Pertamaku tahun 2012

Hai, sambungan daripada cerita tadi, hari ini ada seorang murid Moral yang memberikan kad Hari Guru kepada ED. Kad tersebut merupakan kad pertama yang ED dapat pada tahun ini. Diam tak diam, minggu depan dah Hari Guru.  Sekejap je masa berlalu.

Inilah rupa kad Hari Guru pertama ED dapat.

Isi kandungan kad tersebut. Bersih dan suci di dalamnya.

Hari ini, ED banyak tergelak melayan kerenah murid2 Moral 3 Baiduri dan 3 Delima. Kenapa? ED kelakar mendengar bahasa yang digunakan mereka untuk bercakap dengan ED. Tapi takpe, ED bersedia bertanya balik maksudnya sekaligus memahaminya. Jom ikuti 2 cerita di bawah ini.

Cerita 1

Murid: Cikgu, semalam abang saya pergi kedai beli likuk.

ED: Likuk? Likuk tu apa?

Murid: Likuk la cikgu, yang boleh padam2 pen kat kertas.

ED: Oh, itu namanya liquid paper.. Hahaha..


Cerita 2

Murid: Cikgu, Pendidikan Moral saya joli!

ED: Apa? Joli?

Murid: A,a cikgu, saya joli.

ED bertanya dengan kawan sebelahnya yang mahir sedikit berbahasa Melayu.

ED: Apa tu joli?

Murid: Oh, dia cakap dia suka belajar Pendidikan Moral. Joli tu maknanya suka.

ED: Hahaha...


Okelah, cukup kot cerita di sekolah untuk hari ini. Udada Ubabye!!


Likuk maksudnya liquid paper. Hehehe...




ED: bukan ketawa mengeji tapi geli hati..

1 ulasan:

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi