Isnin, 21 Mei 2012

Lawak ulangkaji sebelum peperiksaan

Hai, sedikit cerita tentang ED di sekolah hari ini. Esok peperiksaan pertengahan tahun akan bermula. Jadi, pagi tadi ED hanya mengimbas kembali apa yang telah diajar kepada murid2. Di kelas 5 Delima, ED mengimbas kembali tentang Tatabahasa Bahasa Melayu yang ED dah pernah ajar. Supaya ulangkaji mereka lebih seronok, jadi ED buat kuiz dan bahagi murid2 kepada 4 kumpulan.


Macam biasa, kalau nak jawab soalan, murid2 dikehendaki angkat tangan dan jawab. ED pendekkan cerita, semasa tiba di soalan tajuk "Kata Kerja", ED menyoal murid2 tentang kata kerja apa yang digunakan untuk objek2 berikut.

ED: Soalan seterusnya, kata kerja apa yang kita gunakan untuk membuang kulit buah epal?

Murid: Saya cikgu!

ED: Ok, apa jawapannya?

Murid: Mengupas.

ED: Ya betul. Soalan seterusnya, kata kerja apa yang digunakan untuk membersihkan ikan sebelum digoreng atau dimasak?

Lina: Saya cikgu!

ED: Ya Lina (bukan nama sebenar), apa jawapannya?

Lina: Letak kunyit dulu.

ED: Hahaha... Tidak tepat, jawapannya menyiang.

Hahaha... ED geli hati dengar jawapan murid di atas. Mesti dia teringat cara2 emak dia menggoreng ikan di rumah. Walaubagaimanapun, murid tersebut ada keberanian untuk mencuba. Semoga murid2 ED dapat menjawab soalan peperiksaan dengan jayanya esok. Udada Ubabye!!


 Bahan asas untuk menggoreng ikan ialah kunyit dan garam. Tetapi sebelum goreng, kita kena menyiang ikan dahulu.



ED: Esok bermulalah operasi menanda kertas peperiksaan..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi