Khamis, 31 Mei 2012

Nikon Coolpix AW100 pilihan ED

Assalammualaikum dan selamat pagi. Catatan ini adalah sambungan daripada catatan semalam tentang ED beli barang di laman web Mudah.Com. Inilah barang yang ED beli dan ED dapat semalam.

Kamera Nikon Coolpix AW100. Percuma 8gb memori kad, tali, beg kamera, card reader dan pelindung skrin belakang.

Tujuan ED beli kamera Nikon Coolpix ni sebab fungsinya yang berkenan di hati. Diantaranya fungsinya kalis air, kalis jatuh, 16 megapixel dan ada GPS di dalamnya. Kenapa tak beli kamera DLSR? Oh, ED rasa kamera ni sudah memadai untuk ED menangkap gambar.

Alhamdulillah, setelah ED periksa, kamera ini baru lagi dan produk original Nikon.

Ini surat jaminan daripada pihak Nikon Malaysia.

Ha, di sinilah tempat ED beli kamera itu. i-RGB Photoshop menjual kamera secara online dan telefon sahaja. Anda tidak akan jumpa kedainya sebab mereka tidak mempunyai kedai. Sebab itu, harga kamera yang dijual murah. ED dapat jimat hampir RM200.

Beberapa tips sebelum anda membeli barang secara online berdasarkan pengalaman ED:
  1. Periksa latar belakang syarikat dahulu sebelum membeli.
  2. Telefon pihak syarikat, daripada nada suara mereka, kita boleh tahu sama ada mereka boleh dipercayai atau tidak.
  3. Tetapkan pendirian dan berani menghadapi risiko. Jika tak yakin dan tak berani, tak payah beli,

Okelah, sebenarnya kamera ED yang sebelum ini dah terlalu lama. Sebab itu dah tiba masanya untuk ED membeli kamera yang baharu. Akan datang, ED akan tunjukkan hasil gambar yang ditangkap menggunakan Nikon Coolpix AW100. Udada Ubabye!!

 Saiznya yang praktikal memudahkan ED membawanya ke mana2 sahaja.





ED: Bukan nak menunjuk tapi ingin berkongsi maklumat.

4 ulasan:

  1. cool....dah lama nk cari compact kamera yg water proof... ni boleh bw masuk swimming pool x?
    skrg ni dah ada dslr....tp cam menyesal plak sbb each time vacation susah nk bawa n kena hati2 bila holiday kat tmpt2 'berair'.. hehehe!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh masuk dalam kolam air untuk kedalaman 5 kaki shj. Nanti ED cuba & update kat blog ye.. pasal kamera DSLR, sebab itu juga ED tak jadi beli DSLR, besar sgt & kena jaga berhati2..

      Padam
  2. nak tye, ok x gune kamera ni..? n ari tu beli bape eh..?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setakat ni, guna ok. Masa beli harganya rm1k tepat

      Padam

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi