Hai, hari ini ED nak cerita tentang labu sayong. Semalam adik ED baru balik dari Perak. Masa adik ED pergi ke Lumut Perak, ED telah mengirimnya sebuah labu sayong. Maka, semalam labu sayong yang ED kirim telah selamat sampai ke rumah. Hehe..
Cantik bungkusan labu sayongnya. Boleh dijadikan cenderamata.
Tujuan ED membeli labu sayong kerana ingin merasai khasiatnya. ED difahamkan air yang disimpan dalam labu sayong lebih sejuk dan rasanya lebih lazat. Air labu sayong juga berfungsi untuk mencuci perut dan mencuci tekak. Jom tengok labu sayong ED.
Labu sayong yang dibeli tidak boleh terus digunakan. Ia mesti direndam dahulu selama 2 hari untuk menghilangkan habuk atau rasa tanah liatnya.
Bentuk badannya seperti buah labu. Sebab itulah namanya labu sayong.
Di dalam kotak labu sayong, disertakan sekali cara2 untuk menggunakannya. Baca sendiri ye..
Okelah, hari ini ED nak rendam dahulu labu sayong selama 2 hari. Selain boleh dijadikan bekas minuman, labu sayong boleh juga dibuat perhiasan di rumah. Paling penting, marilah kita menghargai hasil seni kraf Malaysia. Udada Ubabye!!
ED: Tahun ini tahun melawat Perak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan