Hai, hari ini ED nak cerita tentang kisah di sekolah. Sempena EURO 2012 ni, bukan orang remaja atau dewasa sahaja yang suka bercerita pasal bola sepak, malah murid2 sekolah rendah juga turut mengalaminya.
Pagi tadi ED ada relief sebuah kelas tahun 3. Macam biasa la, ED menyuruh murid2 membuat kerja masing2. Tambahan, ED pun ada kerja juga. Di dalam kelas tersebut, ED terpandang 2 orang murid lelaki sedang rancak bercerita tentang bola sepak. Siap ada jadual EURO lagi yang diambil daripada surat khabar. Lihat gambar di bawah..
Nampak tak jadual perlawanan EURO mereka? Bersemangat sekali mereka bersembang..
Adakah murid2 tersebut mengikuti EURO 2012 pada tengah malam? Jom ikuti temubual ED bersama mereka di bawah ini.
ED: Awak tengok ke EURO tengah2 malam?
Murid: Saya tengok waktu cuti sekolah je.. Waktu sekolah saya tak tengok.
Pandai murid tersebut menyusun jadual hariannya. Sikapnya boleh dicontohi oleh anak-anak yang lain. Hehe.. Tadi di sekolah juga, ada seorang murid lelaki tiba-tiba datang dekat ED dan berkata, "cikgu, semalam Malaysia menang bola sepak!!". ED terkejut sebab dengan takde muqaddimah, tiba2 dia cakap psl keputusan bola sepak Malaysia lawan Singapura semalam. Wah, betul2 demam bola sepak murid2 ni. Udada Ubabye!!
ED: Memang orang2 tengah demam bola sepak sekarang ni..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan