Hai, ED nak berkongsi tentang peristiwa yang berlaku di sekolah pagi tadi. Semasa ED menanda buku di bilik guru, tiba2 datang 3 orang murid darjah 3 berjumpa dengan ED. Kenapa? Jom ikuti dialog di bawah ini.
Murid A: Cikgu, tengok ni..
ED: Kenapa?
Murid A: Mata dia sebelah sakit.
ED pun tengok mata kawannya. Mata kawannya sepet sebelah. Jom teruskan membaca kesudahan cerita ini.
ED: Kenapa mata dia jadi macam ni?
Murid A: Waktu latihan sukan kat padang cikgu, mata dia masuk haiwan.
ED: Hahaha... Bukan masuk haiwan la, tapi masuk serangga. Apa la awak ni!
Murid B: Tu la cikgu, saya dah cakap bukan haiwan, dia degil. Seboleh2 nak cakap haiwan masuk dalam mata kawan saya (perasaan marah).
Hahaha.. ED bukan nak gelak mata kawannya yang sakit tu. Tapi tiba2 ED membayangkan gajah apabila murid tu cakap haiwan masuk dalam mata kawannya. Tu yang gelak tu. Hehe.. Lain kali cakap biar betul. Murid tersebut akhirnya dibawa balik oleh ibunya setelah ditelefon oleh GPK HEM. Minggu ini, ED menjadi guru bertugas mingguan & di sekolah pula sedang sibuk latihan sukan. Okelah, Udada Ubabye!!
ED menjaga lompat tinggi
ED: suka tengok murid2 lompat tinggi dan lompat jauh..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan