Hai, ED nak kongsi tentang kisah di sekolah hari ini. Hari ini di sekolah ED dan guru2 yang lain berkubang di padang. Kenapa? ED berkubang untuk Hari Sukan yang akan diadakan pada hari Sabtu ini.
Pagi tadi, ED membantu menambak pasir ke atas lopak2 air di padang. Tujuannya, agar murid2 dapat berlari dengan selesa nanti. Semalam, ada murid yang tergelincir semasa berlari kerana lopak air dan padang yang licin.
Padang banyak lopak kerana hujan. ED sedang meratakan pasir di atas lopak.
Tugas cikgu bukan sekadar di bilik darjah sahaja..
Hasil tambakan pasir di padang yang berlopak. Semoga semuanya berjalan lancar pada Hari Sukan nanti.
Tadi pagi, murid2 terpaksa berkaki ayam dan mengharungi lopak semasa raptai perbarisan Hari Sukan. Walaubagaimanapun, semangat mereka tak luntur walaupun keadaan padang sekolah mempunyai kekurangan. Okelah, semoga raptai terakhir esok berjalan lancar. Udada Ubabye!!
ED: Terasa macam kanak-kanak apabila berada di dalam lopak. Hehehe..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan