Selasa, 10 Julai 2012

Fikir dulu sebelum membuang kucing!

Hai, subuh tadi ada seekor kucing yang tak dikenali tidur di hadapan rumah ED. Siapa la yang membuang kucing di kawasan rumah ED ni? Kucingnya comel tapi ada sedikit bekas luka di badannya. ED dapat maklumat daripada jiran, kucing ini sengaja dibuang ke rumah ED supaya nasibnya terbela. Kasihan tapi apa kan daya, kucing di rumah ED dah banyak sangat.

Inilah kucingnya. Kucing ini baru bangun dari tidurnya. Sedih je mukanya..

Kucing ini tercari2 tempat mana yang hendak dituju..

Comel kan tapi kesayuan tergambar pada wajahnya..

Inilah luka pada badannya. Tak tahulah sama ada perbuatan manusia atau bergaduh sesama kucing.

Bila ED balik dari sekolah tadi, ED tak jumpa lagi kucing ini. Semoga ada jiran2 ED yang telah mengutip dan membelanya. Kepada orang2 yang ingin membuang kucing, sama ada kucing orang lain atau kucing sendiri, fikirkan 3 perkara ini dahulu.
  1. Buang atau letaklah kucing2 itu ditempat yang selamat atau banyak ikan seperti di pasar. Mungkin kehidupan kucing2 itu lebih terjamin.
  2. Janganlah buang kucing ke rumah2 yang anda tak kenal. Tak semua orang baik pada kucing. ED risau kucing yang dibuang itu akan diseksa. Lebih elok jika dihantar ke pusat penjagaan haiwan.
  3. Fikirlah tentang perasaan kucing. Jika kita tak mahu kucing, janganlah dibuang ketika waktu hujan atau diletak di jalan raya. Kan kasihan!
 Ini adalah segmen Sembang-Sumbang EDtv!

Di rumah ED dah ada 7 ekor kucing. Emak ED memang suka dengan kucing. Esok dalam rancangan Takdir di TV3 ada kisah tentang penyelamat kucing yang dipotong kakinya. Mesti tengok ni. Okelah, ED akhiri dengan gambar 4 ekor kucing di rumah ED. Udada Ubabye!!

4 daripada 7 ekor kucing di belakang rumah ED. Yang macam piramid kayu tu adalah reban anak-anak ayam bersama ibunya. Hehehe..





ED: Orang kata, bela kucing akan murah rezeki..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi