Hai, sejak kebelakangan ini, kes curi semakin menjadi-jadi di sekolah. Semalam dompet murid hilang, hari ini, ada seorang murid mengadu kepada ED tentang pensel shakernya hilang. Maaf, disebabkan 2 orang murid kelas ED pernah mencuri, jadi ED hanya terfikir tentang mereka berdua sahaja. Kenapa ED terfikir mereka terlibat? Baca kisahnya di bawah ini.
ED tak tuduh tetapi cerita yang ED perolehi daripada saksi mata mengarah kepada 2 orang murid kelas ED. Murid yang pertama tadi berada di tandas hampir 30 minit. Biasanya, modus operandi mereka ialah menyembunyikan barang2 curi di tandas. Bila ED tanya murid tersebut, jawapannya buang air besar dan tolong jirus lantai tandas yang kotor. Boleh percaya ke?
Murid yang kedua ini pulak, makcik cleaner memberitahu ED bahawa dia selalu nampak murid ini pergi ke tandas. Makcik cleaner rasa lain macam bila selalu sangat nampak murid ni pergi ke tandas. Bila ED jumpa dan tanya murid yang kedua ini, jawapannya mestilah dia tak curi. Hasil siasatan ED di dalam pensel box nya, lihat sendiri gambar di bawah ini.
Ada banyak pensel shaker di pensel box nya. Kata murid tersebut, ibunya yang beli semua pensel ini.
Sampai hari ini, ED masih gagal mencari bukti bahawa mereka terlibat. Padahal, pagi tadi ED dah menyiasat dengan beberapa orang murid di semua tandas murid lelaki. ED tak boleh tuduh tanpa bukti yang kukuh. Takpe, ED pegang peribahasa ini, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga.
Selepas kes ini, ada pulak kes baru. Semasa waktu Moral pagi tadi, ada ramai murid memberitahu ED tentang seorang murid ni suka mencuri makanan di kantin pada waktu rehat. Hari ini, murid tersebut telah mencuri daging burger. Setelah mendapat bukti kukuh, ED terus menghantar murid tersebut ke kantin untuk membayar sekaligus meminta maaf. Hai, tak sudah2 kes curi hari ini. Udada Ubabye!!
ED: tak puas hati selagi tak dapat cari bukti yang kukuh...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan