Hai, ED nak berkongsi dengan anda tentang kisah yang berlaku di sekolah pagi tadi. Pagi tadi di sekolah ED ada sukan tara. Selepas rehat, bermacam2 kes yang berlaku di sekolah. Kes pertama ialah kes murid masuk ke kelas dan menumpahkan air di dalam beg murid2 kelas 4 Baiduri. Ramai murid kelas ED yang menjadi mangsa. Selesai kes itu, kes murid hilang beg sekolah dan pensel shaker pulak. Tahun ini agak menguji kesabaran ED apabila menjadi guru kelas tahun 4 terakhir. Ini kerana ada beberapa murid kelas ED yg terlibat dengan kes mencuri sebelum ini.
Nak dipendekkan cerita, selepas ED mendengar kes kecurian tersebut, ED terus menyiasat anak murid ED yang pernah terlibat dengan kes sebegitu rupa. Dugaan ED tepat apabila seorang murid kelas ED terbukti mencuri pensel shaker. Tapi modus operandi yang digunakan amat berbahaya sekali. Eksklusif, ED paparkan di blog ini. Jom lihat gambar di bawah ini dahulu.
Tandas sekolah
Taktik murid ini mencuri ialah dengan menyembunyikan pensel2 shaker tersebut di atas bekas takungan air (flush) tandas. Murid tersebut terpaksa memanjat dinding tandas supaya sampai ke tempat flush yang agak tinggi daripada murid tersebut. ED jumpa pensel curi tersebut di atas flush tandas. Paling mengejutkan, murid tersebut kadang2 sanggup bergadai nyawa memanjat dinding yang lebih tinggi untuk menyimpan barang curian ke dalam syiling yang pecah (lihat anak panah merah dalam gambar di atas).
Syiling yang pecah ini menjadi tempat penyimpanan barang curian. Bayangkan jika murid tersebut terjatuh. Dijamin, memang teruk kecederaannya.
Bagaimana ED tahu? Ada seorang murid yang memecahkan rahsia murid tersebut. Dia yang membawa ED ke tempat persembunyian barang2 curi tersebut. Sebelum ini, murid yang mencuri itu pernah menceritakan taktik2 tersebut kepada murid tersebut. Ini sahaja cerita yang ED nak kongsi. Udada Ubabye!!
ED: Rasa macam wartawan rancangan 999 pulak..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan