ED, ko dah berisi sekarang. ED, ko dah gemuk sekarang. Hai, itulah ungkapan yang selalu dikeluarkan oleh kawan2 yang dah lama tak jumpa. Maklum, masa dulu ED kurus. Masa kurus, orang tegur jugak, kurus macam lidi, macam tiang lampu dan macam-macam lagi. Hari ini ED nak bersembang tentang berat badan ED di blog ini.
Perubahan fizikal ED dari tahun 2008 hingga kini.
ED akui, berat badan ED naik mendadak pada tahun lepas. ED rasa mungkin ED tak jaga pemakanan sebelumnya. ED rasa nak makan, ED makan je. Lepas tu, ED fikir ED ni mungkin daripada spesies yg kurus. Tu yg tak kisah kalau nak makan banyak mana pun. Lagi 1, tidur petang. Tahun lepas, ED selalu juga tidur petang.
Selepas ditegur ramai orang & atas kesedaran diri sendiri, Tahun lepas, ED mencuba serat D'Apple Fiber untuk menurunkan berat badan. ED juga menjaga pemakanan agar badan tidak mengembang lagi. Lagi 1, ED cuba elakkan untuk tidur petang. Alhamdulillah, berat badan telah berkurang tetapi tidak kembali kepada asal (seperti tahun 2008).
Jisim berat badan ED sekarang (Screensnap daripada Nokia N8)
Sebenarnya, berat badan ED berisi bukanlah melampau sangat. Alhamdulillah, jisim berat badan ED tidak pernah overweight. Cuma teguran kawan2 lama mempengaruhi minda seolah-olah ED gemuk sangat. Tapi bila difikir2 balik, secara positifnya teguran mereka telah menyebabkan ED menjaga pemakanan dan berat badan agar maintain. Hehehe.. Jika anda lihat gambar di atas, perlukah ED kurus lagi? Udada Ubabye!!
Ini adalah segmen Sembang-Sumbang.
ED: Semoga cerita ini menjadi iktibar untuk anda yang ingin menurunkan berat badan..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan