Isnin, 16 Julai 2012

Siapa yang kentut, dia ketawa!

Hai, ini kisah di sekolah pagi tadi. ED paling terganggu bila ada murid yang kentut di dalam kelas. ED rasa, siapapun akan terganggu jika terhidu bau kentut. Pagi tadi, semasa ED mengajar di kelas 4 Baiduri, ada seorang murid terkentut semasa ED membuat aktiviti berkumpulan.


Apabila ED mengumpulkan murid2 di belakang kelas, mereka mengadu kepada ED bau busuk. Mereka dapat tahu bahawa bau busuk itu datangnya daripada seorang murid lelaki ni. Bila ED pandang murid lelaki tersebut, dia sedang ketawa dan tidak menafikan pun. Benarlah lagu yang ED dengar masa kecik2 dahulu, Tan Tan Tut, Keladi Wa Wa, siapa kentut dia ketawa... Hahaha..

Cerita tak habis lagi, bila dah 1 kelas bau busuk, ED pun keluar dari kelas kejap. Di luar kelas, ED dengar 2 orang murid sedang bercakap...

Murid A: Ish, kentut dia bau ikan bilis.

Murid B: A,a la.. bau ikan bilis.

Murid A: "Tuutt.." pagi tadi kau makan ikan bilis eh?

Hahaha.. lawak betul la budak2 ni. Pertama kali ED dengar kentut bau ikan bilis. ED rasa ikan bilis takde la busuk macam tu. Okelah, Udada Ubabye!!

Selepas insiden kentut tersebut, ada seorang murid Moral ED datang berjumpa dengan ED dan mengadu tentang kawan sekelasnya sengaja menyimbah badannya dengan sos semasa waktu rehat. Satu masalah lagi yang ED kena selesaikan hari ini.




ED: Ada ke kentut bau ikan bilis? Hahaha..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi