Assalammualaikum. Seperti yang ED janjikan semalam, hari ini ED akan kongsikan bersama anda tentang sinopsis drama 7 Ramadan yang ED perolehi daripada pelakonnya sendiri iaitu Fir Affandi. Semalam, Fir Affandi telah menghubungi ED untuk memberitahu sinopsisnya secara eksklusif untuk blog EDtv.
Poster ini sudah menggambarkan sinopsis drama 7 Ramadan.
Jom ikuti sinopsisnya di bawah ini!
Sinopsis 7 Ramadan
Drama ini mengisahkan tentang Sufiah (Elly Suriati) yang tidak putus2 menerima dugaan dalam hidupnya. Semasa mudanya (lakonan Nabila Huda) dia telah bercinta dengan Mustaza (Roy Azman) dan hidupnya telah dirosakkan oleh Mustaza sehingga dia melahirkan anak luar nikah yang bernama Iqram pada 7 Ramadan. Mustaza selalu memaksa Sufiah menjadi pelacur untuk meneruskan kehidupan mereka. Pada satu ketika, Sufiah dan Mustaza telah bergaduh dan Mustaza telah mencampak anak mereka Iqram sehingga meninggal dunia. Selepas kejadian itu, Sufiah bekerja di rumah anak2 yatim. Dia telah mengambil anak angkat yang bernama Ramadhani (Fir Affandi). Sufiah dan Ramadhani tinggal dalam keadaan kekurangan. Sufiah terpaksa menerima dugaan lagi apabila anak angkatnya Ramadhani menjadi anak yang tidak mengenang budi apabila dewasa. Ramadhani sanggup mencela dan tidak mengakui Sufiah ibunya kerana ingin menjaga hati teman wanitanya Ana (Ana Dahlia). Ana merupakan anak orang kaya. Kerana ingin mengubah nasibnya yang miskin, hati Sufiah selalu disakiti oleh Ramadhani yang kejam.
Fir Affandi sebagai Ramadhani dan Elly Suriati sebagai Sufiah.
Ada babak2 cerita yang ED terpaksa rahsiakan kepada anda. Kalau ED beritahu, tak seronok la nanti. Anda mesti tonton drama ini sampai ke episod 13 kerana ada 1 rahsia besar antara Sufiah dan Ramadhani akan terbongkar. Rahsia itu di luar kotak pemikiran anda. Rahsia itu juga akan membuatkan anda sedih dan boleh mengeluarkan air mata. Huhu.. Dijamin, hati anda akan sebak melihat penderitaan Sufiah (Elly Suriaty) dalam drama ini. Okelah, saksikan episod pertama 7 Ramadan pada hari Khamis (19 Julai) ini di TV3. Udada Ubabye!!
ED: Dijamin sedih drama ni!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan