Hai, pada 25 Ogos, ED dan dua orang rakan telah pergi ke Pekan Pahang untuk menghadiri majlis perkahwinan rakan setugas. Tahniah diucapkan kepada Dayah dan Zayadi yang bertemu jodoh di sekolah ED. Dua-dua kawan ED, dua-dua orang Pahang, jadi hari Sabtu ED pergi ke majlis pihak perempuan, esoknya ED pergi ke majlis pihak lelaki. Senang kan? Jom lihat gambar2 serta sisipan cerita yang sempat ED rakamkan untuk kenangan diri sendiri.
Bergambar bersama pengantin.
Pelamin pihak perempuan yang kreatif! Berlatarkan tikar buluh..
Selesai majlis, ED dan rakan2 menginap di Hotel Carnation Kuantan Pahang. Esoknya nak pergi ke majlis pihak lelaki pulak dan terus balik ke JB.
Hotel Bajet ini menawarkan penginapan serendah RM70 semalam.
Nah, gambar bilik penginapan ED. Selesa!
Dalam bilik dilengkapi dengan TV LCD dan siaran Astro.
Malam menjelma, tiba saatnya utk menjamu selera. Lokasi pilihan di Restoran Ana Ikan Bakar Petai Tanjung Lumpur, Kuantan. Katanya, tempat ni popular serata negeri..
Antara menu pilihan ikan pari bakar petai, sotong masak halia, tom yam, kailan dan kerabu mangga. Harganya berpatutan!
Jemput makan! Suasana di sini amat menyamankan dengan hembusan angin sepoi2. Hehe..
Lepas makan, pergi bersiar2 di Teluk Chempedak. Kali kedua ED ke sini.. Apa? Tak nampak ED? Lihat gambar di bawah ini.
Ha, dah nampak tak? Hehe..
Bergambar dalam gelap lagi...
Taraa...! Cerah kembali..
Selesai bersiar2, ED kembali ke hotel untuk tidur.. Esok nak bertolak ke rumah pengantin pihak lelaki pulak di Dewan Serbaguna Pulai Serai, Pekan.
26 Ogos, kami tiba di majlis perkahwinan bagi pihak lelaki. Sebab sampai terlalu awal, tak sempat jumpa pengantin. ED dan rakan2 kena cepat sebab nak sampai JB cepat. Maklumlah, esoknya dah nak naik kerja.
Begitulah perjalanan 2 hari 1 malam ED ke Pahang. Alhamdulillah, ED dan rakan2 selamat pergi dan balik. Banyak betul dugaan yang ED dan rakan2 hadapi semasa dalam perjalanan pergi dan balik. Anda nak tahu? Baca corat-coret perjalanan ED di bawah ini. Okelah, Udada Ubabye!!
Corat-coret perjalanan pergi dan balik.
- Tayar kereta ED pancit.
- Kawan ED terlupa mengambil kunci dalam rumah sewanya, terpaksalah tombol kunci pintunya dipecahkan. Makan masa juga tu!
- Seorang kawan lagi, tertinggal Galaxy Note dalam keretanya. Selamat tak gerak jauh lagi..
- Dalam perjalanan ke Pahang, tiba2 gastrik ED datang. Pening2 dan rasa nak muntah pulak, tetapi selamat tak muntah.
- Sampai di Pahang, kami menjemput seorang kawan lagi di mana entah.. Sesat juga nak cari lokasi tempat dia tunggu kami.
- Di rumah pengantin, ramai yang menahan kencing sebab air takde.. Nak pinjam toilet tapi takpe la...
- Esoknya, nak balik ke JB pun ada dugaannya.. tetapi ED tak boleh cerita di sini.. Maaf. Biarlah ED dan kawan2 ED sahaja yang tahu.
Masjid ni menjadi saksi dugaan yang kawan2 ED hadapi semalam.
ED: Walaupun diduga, semangat persahabatan itu yang penting...
terus gelak bila baca entry ni.. hahaha
BalasPadam