Hai, petang tadi ED buat agar-agar sebagai pemanis mulut berbuka puasa. Kawan2 ED semua tahu bahawa ED suka makan agar-agar. Hehehe.. Bila ED pergi ke rumah terbuka atau majlis2 tertentu, ED takkan melepaskan peluang untuk merasa agar-agar. Tak kisahla perisa apa pun. Petang tadi ED buat agar-agar perisa Milo. ED namakannya agar-agar Milo EDtv.
Agar-agar Milo EDtv. Sebab untuk dimakan sendiri, jadi ED potong sembarang je..
Apa? Anda nak resipi ni juga? Baiklah, ini resepinya..
Agar-agar Milo EDtv
Bahan-bahan
Agar-agar
Gula
Susu pekat
Milo
Air
** kuantiti mengikut citarasa anda
Cara-cara
Rebus semua bahan2 tadi hingga sebati, kemudian sejukkan sehingga beku. Mudah bukan?
Masuk je semua bahan2 di dalam periuk dan sebatikannya.
Agar-agar ni berkhasiat. Agar-agar dapat membantu melancarkan pencernaan kerana kaya tinggi dengan serat. Lupa nak bagitahu, ED kurang suka agar-agar yang dicampur dengan telur. Kebanyakan agar-agar yg dijual di bazar2 telah dicampurkan dengan telur. Rasanya ada hanyir2 sikit. Okelah, Udada Ubabye!!
ED: Puding pun ED suka...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan