Hai, dah lama ED tak buat catatan tentang ED & Sekolah kan? Ha, hari ini ED nak kongsi tentang kisah di sekolah pagi tadi. Dalam kelas Moral murid tahun 3 tadi, ED mengajar mereka tentang negeri2 yg ada di Malaysia. Untuk mencapai objektif pembelajaran, murid2 mesti dapat menyebut 5 negeri dengan betul.
Jadi, ED menyuruh mereka menghafal 5 nama negeri yang ada dalam buku teks Moral. ED memberi masa 2 minit untuk mereka mengingatinya.
Buku teks Moral
Selepas 2 minit, ED pun menyuruh murid2 menyebut 5 nama negeri yang mereka ingat tadi.
ED: Awak, cuba sebut balik 5 nama negeri di Malaysia?
Murid A: Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor.
ED: Ok, bagus. Awak pulak?
Murid B: Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Sarawak, Johor.
ED: Ok, bagus. Awak pulak?
Murid C: Polis, Kedah, Pulau Polis ........
ED: Hahaha... Ni mesti tak ingat ni!
Kelakar la ED dengar negeri Perlis jadi Polis dan Pulau Pinang pun jadi Pulau Polis. Entah, apa la yang ada dalam fikiran murid perempuan tersebut kan? Okelah, catatan ini sekadar untuk hiburan sahaja. Udada Ubabye!!
ED: Lawak bulan puasa..
ahahahaha...comel...
BalasPadamnon-malay ke?? hehehehe mcm2 hal budak skolah kan..
A,a.. semua murid India. Sbb mcm2 la ED kongsikan kat blog ni.. Hehe..
Padam