Sabtu, 18 Ogos 2012

Kebaikan shopping last minute!


Hai, biasanya ED akan shopping last minute untuk raya. Bagi ED, banyak kebaikan jika kita bershopping last minute. Pada pendapat ED, ini dia kebaikan bershopping last minute..

Segmen Bijak Belanja!

5 kebaikan shopping last minute!
  1. Harga barang menjunam melampau-lampau. Ini yang best!
  2. Orang tak ramai, jadi tak perlu bersesak-sesak.
  3. Jalan raya tak jam, seronoknya memandu.
  4. Kadang2, ada barang yang dilelong di saat2 akhir.
  5. Perasaan gembira sebab bila penat bershoping, esok dah raya.
Petang tadi, ED sempat pergi beberapa tempat shopping untuk membeli barang keperluan raya esok. Memang puas hati shopping last minute. Dapat jimat duit! Hehe..

 
Kuih raya dijual murah di saat2 akhir puasa.. Jika pandai pilih, kuih2 di pasaraya sebegini rupa juga enak dimakan.

Selesai bershopping, ED meneruskan perjalanan mencari lemang. Tekak ni mengada-ngada pulak nak berbuka lemang cecah dengan rendang mak di hari terakhir puasa ni. Hehe...

 Jumpa pun.. Lokasinya di hadapan Pasar Borong Pandan. Dari tahun lepas, bila sehari sebelum raya, ED mesti nak makan lemang.

Okelah, ini cara ED menyambut raya. Setiap orang lain caranya. Akhir kata, sama-samalah kita bersederhana di Hari Raya. Udada Ubabye!!

ED akan bercuti menulis blog selama 3 hari sempena raya. Harap maklum!




ED: Selamat Hari Raya!

2 ulasan:

  1. Smlm beli barang kat Johor, mahal gile! Ingatkan harga turun rupanya makin tinggi.. Banding kat tganu, murah lagi.. Hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ramai org luar cakap mcm tu, tapi ED dah biasa dgn suasana mcm ni.. Slmt Hari Raya!

      Padam

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi