Isnin, 13 Ogos 2012

Musim menangkap binatang!

Hai, tahun ini anak murid ED lain macam la. Pelik sikit perangainya. Sekadar berkongsi dengan anda, ED nak beritahu apa yang pelik sangat murid2 kelas ED tahun ini.


Minggu lepas, di kelas 4 Baiduri musim murid2 menangkap binatang. Bukan menangkap ikan di sungai. Tetapi menangkap binatang untuk menakut-nakutkan murid lain. Kisahnya bermula apabila ada seorang murid menangkap cicak, dan murid tersebut membaling ke arah murid2 yang takut cicak. Selepas itu, berlarutan dengan seorang murid lagi menangkap belalang dan lipas untuk tujuan yang sama.

Tak habis dengan itu, seorang murid lagi bertindak lebih ekstrem dengan menangkap dua ekor katak di dalam longkang sekolah. Katak-katak itu dimasukkan ke dalam plastik, kemudian diletakkan ke dalam tandas lelaki supaya murid2 yg masuk ke dalam tandas menjerit. Kelakar ada, geram pun ada juga. Hahaha..

Belum habis lagi, ini yang paling paling berani dan ekstrem. Cuba teka, binatang apa pula yang ditangkap? Seorang murid lagi di kelas ED seakan tidak mahu kalah dengan kawan2nya, telah membawa ekor tikus ke dalam kelas. Bukan seekor tikus, tetapi hanya ekor tikus sahaja. Selepas itu, macam biasa ekor tikus tersebut dibaling kearah murid2 yang takut tikus. Confirm, memang huru-hara keadaan kelas waktu tu. Entah ekor tikus mana yang dia dapat? Hahaha..

Pesanan tikus untuk murid 4 Baiduri..

Apa perasaan anda jika berada di tempat ED? Bulan Ramadan ni, budak2 lain fesyen sikit. Mereka lebih bertenaga dan lebih banyak kerenahnya. Okelah, Udada Ubabye!!



ED: Sabar..................

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi