Hai, ini kisah di sekolah pagi tadi. Semasa dalam kelas Bahasa Melayu 4 Baiduri tadi, ada seorang murid datang mengadu kepada ED. Nak tahu dia mengadu apa? Teruskan membaca kisah lucu ini.
Di kelas 4 Baiduri sekarang ni musim murid2 tangkap binatang seperti cicak dan lipas. Selepas mereka menangkap binatang, mereka akan letak atau bagi kepada murid2 yg lemah semangat. Berbalik kepada aduan murid tadi, jom ikuti perbualan dia bersama ED.
Murid: Cikgu, "tuutt.." tangkap spiderman dan bagi pada saya.
ED: Spiderman?
Murid: Betul cikgu, dia tangkap spiderman. Spiderman tu ada dekat tangan dia.
ED: Biar saya pergi tengok...
ED pun pergi ke tempat murid yang didakwa membawa spiderman. Spiderman yang dimaksudkan oleh murid tersebut ialah labah2. Dia tak tahu nak menyebutnya dengan betul. Kalau betul la dia tangkap Spiderman, ED dah telefon TV3 untuk buat liputan. Hahaha... Oke, jom ikuti kesudahan kisah ini.
ED: Mana spider yang awak tangkap tadi?
Murid: Mana ada saya tangkap spider? Saya tangkap ini je..
ED: Hahaha... Pergi buang sekarang!
Kenapa ED tergelak? Binatang apakah yang murid tersebut tangkap? Lihat sendiri gambar di bawah ini. Udada Ubabye!!
Rupa-rupanya murid tersebut menangkap belalang. Bukannya labah2. Buang masa betul la budak2 ni..
ED: Marah Spiderman kalau baca kisah ni... Namanya telah dipermainkan. hahaha..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan