Ahad, 2 September 2012

Drama Samarinda Terbaharu, Saiful Nita di TV3!

Hai, puas ED cari maklumat drama Samarinda terbaharu yang akan menggantikan 7 Ramadan. Akhirnya, jumpa juga menerusi iklan di TV3. Drama Saiful Nita merupakan drama Samarinda terbaharu TV3 yang akan bersiaran bermula 4 September nanti.

Kilafairy sebagai Nita, Fauzi Nawawi sebagai Effendi.


Sinopsis Saiful Nita:

Kisah ‘Saiful Nita’ bermula apabila Saiful (Aidil Aiziz) disatukan oleh bapanya dengan anak perempuan Tan Sri Sulaiman, Nita (Kilafairy) yang mempunyai sikap suka memberontak dan berfoya-foya. Tujuan bapa Saiful, Datuk Mahmud menyatukan Saiful dan Nita kerana dia ingin mengambil kesempatan di atas kekayaan yang dimilik oleh keluarga Tan Sri Sulaiman.

Setelah genap sebulan bertunang, Nita mula menuntut agar Saiful memutuskan pertunangan mereka. Bagaimanapun Saiful enggan memutuskan tali pertunangan mereka sehinggalah Saiful bertemu dengan seorang wanita yang baik hati bernama Netty.

Sementara itu, Nita yang sedang menjalinkan hubungan dengan Doktor Effendi, telah mendapat satu tamparan hebat apabila dia ditinggalkan oleh kekasihnya. Nita juga mengalami gangguan jiwa dan sering bertindak di luar kawalan. Sebagai ‘tunang’, Saiful bersimpati dengan nasib Nita dan sering berada di sisi Nita. Saiful sanggup melakukan apa sahaja untuk menggembirakan Nita.

Nita mula sedar bahawa Saiful merupakan seorang lelaki yang baik dan dia tidak seharusnya melepaskan lelaki sebaik itu. Nita mula menyukai Saiful. Akan tetapi di dalam hati Saiful kini sudah ada nama wanita lain iaitu Netty. Masih wujudkah lagi perasaan sayang Saiful terhadap Nita? Siapakah menjadi pilihan hati Saiful? Adakah Nita wanita yang pernah meranapkan perasaannya atau Netty wanita yang memahaminya? (Sumber: Gua)

 
Antara pelakonnya Kilafairy, Fauzi Nawawi, Arja Lee, Maria Farida dan Linda Hashim. Ini merupakan penampilan pertama Kilafairy dalam drama Samarinda TV3. Sama-sama kita saksikan penampilan sulung Kilafairy dalam slot Samarinda TV3. Udada Ubabye!




ED: Selamat menonton!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi