Hai, dah lama ED tak siarkan tentang kisah ED di sekolah kan? Hari ini nak update tentang kisah ED bersama murid2 Moral ED dalam segmen ED dan Sekolah.
Pagi tadi dalam kelas Moral, ED buat Kuiz Kenali Malaysia. Murid perlu menyalin 10 soalan di papan hitam. Siapa yang menghantar buku paling awal dengan soalan paling tepat, ada la sedikit hadiah untuk mereka. Diantara soalan2 yang ED tanya ialah seperti berikut.
Lihat soalan yang ED bulatkan merah tu. Ada ceritanya yang tersendiri. Ada seorang murid perempuan ni, dengan yakinnya memberitahu ED yang dia tahu sangat soalan nombor 4 tersebut. ED pun tanya dia.
ED: Menara apa paling tinggi di Malaysia? Awak tahu kan?
Murid: Saya tahu.
ED: Menara apa?
Murid: Menara Maxis.
ED: Hahahaha.... (tak jangka jawapan tu akan keluar)
Lawak la murid tersebut. Mungkin dia terpengaruh banyak iklan Maxis kot. Okelah, kisah menara itu sahaja yang ED nak kongsi kepada anda. Udada Ubabye!!
ED: Menara paling tinggi di Malaysia ialah Menara Berkembar Petronas!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan