Hai, minggu lepas 3 hari ED tak datang sekolah. Sebabnya, ED terlibat dengan kursus KSSR Moral Tahun 3. Hari ini, bila kembali ke sekolah, macam-macam aduan ED terima daripada murid2 ED. Wah, ED dah jadi kaunter aduan hari ini. Apakah aduan yang ED terima? Baca kisahnya di bawah ini.
Aduan 1
Dalam kelas 4 Baiduri, hampir semua murid mengadu kepada ED tentang ada seorang murid kelas sebelah (ED tak ajar dia) bercakap buruk tentang ED. Kata murid tersebut kepada murid2 4 Baiduri, Cikgu Zahidi bab*, Cikgu Zahidi bodo*, Cikgu Zahidi punde* dan macam2 lagi. ED tak faham kenapa murid tersebut berkelakuan begitu padahal ED tak ajar dia. ED dah jumpa dengan murid bertuah tersebut dan mengambil tindakan yang wajar untuknya. Benci betul murid tersebut dengan ED.. Pelik kan? Lumrah dunia, tak semua orang suka dengan kita..
Aduan 2
Aduan ni dalam kelas Moral pulak.. Ada seorang murid Moral bergosip tentang ED. Dahsyat murid2 sekarang ni, kecik2 dah pandai bergosip. Murid tersebut kata ED dah kahwin dan cakap I Love U dengan seorang guru perempuan yang dah ada anak 1. Pasalnya, minggu lepas ED bawa murid2 ni ke perpustakaan dan dia nampak ED berbual dengan guru perpustakaan. Guru tersebut dah berkahwin dan dah ada anak pun. Jadi, dia pun buat kesimpulan yang salah sama sekali. Hahaha.. Hampir semua murid Moral ED mendengar apa yang dikatakan oleh murid bertuah tersebut.
ED semasa berada di dalam kursus minggu lepas..
Beginilah situasi jika ED kembali ke sekolah setelah tidak hadir atas sebab2 tertentu, ada sahaja cerita-cerita sensasi yang ED dapat. Dua aduan tersebut sudah memadai untuk ED kongsikan kepada anda hari ini. Okelah, Udada Ubabye!!
ED: Kerana mulut, badan boleh binasa...
t'lajak perahu buleh diundur kot. tp, klu t'lajak kata.. sendirik mau ingt la kan.. haish! bebdk zmn skang..
BalasPadamitulah, niat ED kongsi cerita ni sekadar pengetahuan bersama.. budak2 skrg dah lain bebenar patern nya.. hehe..
PadamDahsyat2. Semoga Allah jaga kita semua.
BalasPadam