Hai, ED nak kongsi cerita semasa ED di kelas 4 Baiduri tadi. Semasa murid2 menyalin latihan yang ED beri di papan hitam, ED terdengar perbualan 2 orang murid yang membuatkan ED tersenyum sendiri. Nak tahu apa dibualkan oleh murid tersebut?
Jom lihat gambar yang sempat ED tangkap ini..
Inilah dialog murid tersebut.. Sepatutnya rambut tumbuh, bukannya timbul. Hehe..
Kalau berbual pun salah tatabahasanya, apa lagi dalam peperiksaan.. Dapat dilihat bahawa persekitaran seseorang mempengaruhi perbualan seterusnya dapat mempengaruhi pengetahuannya. Kesimpulannya, berbuallah dengan tatabahasa yang betul. Udada Ubabye!!
ED: Macam lawak dengarnya, rambut boleh timbul. Hehehe..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan