Jumaat, 12 Oktober 2012

Disebalik kelemahan, ada kelebihannya..

Hai, ED nak kongsi kisah ED di sekolah hari ini. Agak2 anda pasal apa? Cerita kelakar atau cerita sensasi? Nak tahu? Jom baca catatan ini sehingga selesai.


Semasa waktu terakhir di kelas 4 Baiduri, ED meminta tolong murid2 menyusun meja sempena peperiksaan akhir tahun yang akan berlangsung minggu hadapan. ED terharu melihat kerajinan murid2 membantu ED mengemas meja. Begitu bersemangat mereka membantu tanpa disuruh.

Lihatlah kerajinan mereka..

 Hasil daripada bantuan murid2 ED.. Terharunya...

Walaupun mereka mempunyai kelemahan dari segi pembelajaran, namun mereka mempunyai kelebihan dari segi memberikan bantuan. Tanpa disuruh, mereka mampu bergerak sendiri menyelesaikan masalah. Itulah kehidupan, setiap orang ada kelebihan dan ada kelemahannya. Apa2 pun ED kagum melihat bantuan murid2 ED hari ini. Udada Ubabye!!




ED: Sekejap je masa berlalu, dah nak hujung tahun.. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi