Selasa, 9 Oktober 2012

Jawapannya buruh!

Hai, ED nak kongsi kisah di sekolah pagi tadi. Semasa di kelas 4 Baiduri, murid2 bertanyakan ED makna saintis. ED pun jawab la, orang yang pakar mencipta sesuatu yang canggih dan pakar dalam Sains. 


Untuk menjana minda mereka, ED pun kaitkan la perkataan saintis dengan nama2 pekerjaan lain. Jom ikuti kisahnya menerusi dialog ini..

ED: Setiap pekerjaan ada nama yang tersendiri. Contohnya, orang yang mengubati pesakit dipanggil apa?

Murid: Doktor.

ED: Pandai. Oke lagi satu, orang yang membuat bangunan dipanggil apa?

Ada seorang murid lelaki ini dengan pantas mengangkat tangan dan menjawab soalan ED. Nak tahu apa jawapannya? Jom ikuti kesudahan cerita ini.

ED: Oke, orang yang membuat rumah atau bangunan dipanggil apa Rusydi (bukan nama sebenar)?

Rusydi: pis pis...

Hahaha... Jangan tanya ED apa makna pis pis tu, sebab ED takde jawapannya. Maaf, ED mengajar di kelas tahun 4 yang terakhir, jadi faham2 sendiri la. Banyak perkara yang mereka belum tahu lagi. Bagaimanapun ED telah memberitahu jawapan kepada soalan tersebut iaitu buruh. Udada Ubabye!!




ED: hanya dia yang tahu maksud pis pis tu..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi