Khamis, 18 Oktober 2012

Murid potong tangan sendiri episod 2

Hai, pagi tadi ayah kepada murid yang "potong tangan sendiri" semalam telah menelefon ED. Kenapa? Baca kisahnya di bawah ini.


Ayah murid: Hello, cikgu!

ED: Hello encik, kenapa?

Ayah murid: Anak saya beritahu yang dia dibuli di sekolah. Semalam 5 orang murid pukul anak saya dan lukakan tangan anak saya.

ED: Maaf, jari anak encik luka sebab dia terkena pisau pengorek semalam semasa peperiksaan. Saya ada dalam kelas waktu tu..

Ayah murid: Oke cikgu, terima kasih.

Ha, ni yang tak best. Murid mengadu kisah yang tidak benar kepada ibu bapa. Kesudahannya, cikgu yang kena jawab. Sekarang ni, banyak cikgu di Malaysia yang kena kes seperti ini.  Murid berbohong kepada ibu bapa seolah-olah mereka anak yang baik di sekolah. Selamat ED tangkap gambar jari murid yang luka semalam. Kalau ayahnya tak percaya, ED akan tunjukkan gambar tersebut. Huhuhu... Udada Ubabye!!

 jari murid yang terkena pisau pengorek pensel semalam..




ED: Pentingnya guna handphone kamera...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi