Ahad, 28 Oktober 2012

Penangan air batu campur Kampung Melayu!

Hai, panasnya hari ini. Balik dari sebuah pasar raya tadi, ED singgah di Kampung Melayu. Niatnya nak beli air batu campur yang popular di sana. Walaupun ED tahu hari ini ramai orang yang beratur panjang, ED nekad juga.. Bukan ED yang pergi beli, 2 orang adik ED yang sanggup beratur untuk beli ABC tersebut. Hehe.. Dapat ke ED beli ABC pada hari ini? Lihat gambar di bawah ini..

 ED hanya menunggu di dalam kereta sahaja.. Parking di medan selera Kampung Melayu penuh..

Wah, orang di depan kereta ED beli banyak ABC. Kata adik ED, dia beli 20 bungkus ABC. 

Hampir 10 minit tunggu, adik ED tak sampai2 lagi ke kereta.

Selepas 10 minit, akhirnya adik ED sampai ke kereta dengan tangan kosong. Dia tak sanggup lagi beratur panjang. Huhuhu.. Katanya ramai orang yang menunggu sudah muncung dan beremosi kerana ABC yang dipesan tak siap2 lagi. ED tak dapat beli ABC hari ini. Takpe la, takde rezeki. Lain kali la.. Udada Ubabye!!




ED: Begitulah penangan ABC Kampung Melayu pada hari ini..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi