Sabtu, 13 Oktober 2012

Himpunan Guru Muda 1 Malaysia

 Lokasi di Pusat Koko, JPN Johor.

Hai, aktiviti ED pagi tadi ialah menghadiri Himpunan Guru Muda 1 Malaysia (GM1M). Himpunan tersebut telah dirasmikan oleh YAB Tan Sri Dato Hj Muhyiddin Bin Mohd Yassin. Nak tahu pengisian perhimpunan pagi tadi? Menarik tau! Ini dia gambar2 serta cerita menarik untuk tatapan anda!

Waktu pendaftaran, sasaran peserta 4000 orang guru dari Johor, Melaka dan Negeri Sembilan.

Rakan2 sekerja ED yang terlibat, dari kiri Aina, ED, Hafiz dan Nurul.

 Cantik khemah yang disediakan..

 Sebelum perhimpunan bermula, guru2 muda diberi peluang menikmati karnival aktiviti koko yang menyeronokkan. Contohnya, merasai sendiri permainan catur, congkak dan karom.

 Guru2 juga didedahkan dengan aktiviti kesenian dan kebudayaan

 Menikmati pengalaman menaiki jambatan gantung

 Ada aktiviti sukan dan rekreasi seperti kayak dan flying fox.

 ED bergambar di menara flying fox.. Tak sempat nak rasa sebab ramai guru beratur panjang..

Ada aktiviti seperti berbasikal, rock climbing, paint ball dan banyak lagi.. 

 Aktiviti yang ED lakukan pagi tadi ialah kayak.

ED berkayak bersama Pamela (cikgu baru).

 Hak bermain adalah hak kami.. hahaha.. ED dan rakan2 bergambar bersama lori Milo. Teringat zaman sekolah dulu..

 Kira-kira pukul 11 pagi, perhimpunan bermula di khemah yang besar ini.. Guru2 diberi penerangan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia oleh TPM dan pelancaran Facebook GM1M.

Bestnya, banyak aktiviti yang disediakan pagi tadi. Selesai perhimpunan, ED dan rakan2 sekerja pergi ke Pelangi Balau Resort di Tanjung Balau untuk menghadiri Hari Keluarga anjuran sekolah. Ceritanya ED akan update esok ye.. Udada Ubabye!!

Guru Muda 1 Malaysia mestilah mempunyai ciri-ciri harapan tersebut..




ED: Nasi lemak pagi tadi sedap...

2 ulasan:

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi