Ahad, 14 Oktober 2012

Sekitar Festival Konvokesyen (FESKO) UTM ke 49

Hai, pagi tadi ED telah pergi ke UTM Skudai untuk menyaksikan adik ED konvo. Walaupun penat semalam tak hilang lagi, ED gagahkan diri meraikan hari bersejarah untuk adik ED kerana dapat menamatkan pembelajaran ijazahnya di sana.

 Muka penat. Hehe.. Jom ikut ED melihat di sekitar Festival Konvokesyen UTM (FESKO).

Apa sahaja yang menarik di FESKO UTM ke 49? Jom ikuti aktivtiti ED di sana..

 Melihat majlis konvokesyen adik ED di luar dewan sahaja..

 Inilah adik ED yang konvo tu.. Bersama emak, abah dan adik bongsu.

Giliran ED bergambar bersama mereka.

Selepas bergambar bersama keluarga, ED temankan adik bergambar di sekitar UTM. Sambil ambil gambar adik, ED pun bergambar juga... Hehe..

 Suasana meriah! Sana-sini orang bergambar.

Nak beli cenderamata? Di sini tempatnya..

 Siapa yang nampak lebih muda? Hehehe...

 Hahaha...Bila dah bergambar, lupa orang2 disekeliling..

 Selesai bergambar, jom ikut ED ke tapak Festival Konvokesyen.

Seperti biasa, kalau FESKO mesti ada khemah jualan dan pameran..

 Ada pentas untuk bergambar la di sini.. Ala-ala red carpet..

Macam2 game ada.. Contohnya macam masuk bola besar ni.

 Kolam untuk permainan berjalan di atas bola air.

 Ada game paint ball.

 Ada pameran pesawat UTM..

Ada juga pameran motor antik dan motor berkuasa besar.. Yang ni menarik untuk dilihat!

 Selesai di FESKO UTM, masanya untuk balik ke rumah. Sebelum itu, singgah makan di McD sambil bertwitter. Hehehe..

Itulah sedikit sebanyak cerita ED di FESKO UTM ke 49. Bila tengok suasana konvokesyen tadi, ED teringat balik masa ED konvo di UKM pada tahun 2008. Hari konvokesyen adalah hari yang bermakna dalam diri seseorang. Kenangan yang tak boleh dilupakan sampai bila-bila. Okelah, ED akhiri dengan sekeping gambar ED konvo dulu. Eksklusif untuk anda. Udada Ubabye!!

 Alhamdulillah, ED berjaya dapat ijazah!




ED: Tahniah untuk para siswa yang berkonvokesyen pada tahun ini!

1 ulasan:

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi