Hai, kerana semalam ED tak dapat beli ABC Kampung Melayu, tadi ED pergi lagi ke sana. Alhamdulillah, dapat pun beli ABC Kampung Melayu. ED rasa ABC ni paling popular di daerah Johor Bahru. Harganya RM3 memang berbaloi kerana kaya dengan isi dan perisanya. Jom lihat gambar di bawah..
Air Batu Campur Kampung Melayu
Nampak tak? siap dengan aiskrim, kacang tanah dan siraman coklat cair..
ED suka makan di bahagian atasnya dahulu..
Aiskrim di atasnya menambahkan lagi rasa lazat ABC ini..
Selepas habis makan bahagian atasnya, barulah ED kacau ABC ini supaya bahan2 di dalamnya bercampur. Barulah namanya air batu campur.
Paling best makan ABC bila dapat gigit buah kabungnya. ED suka buah kabung dan ED rasa anda semua mesti suka juga kan?
ABC Kampung Melayu memang laris, lebih2 lagi bila waktu cuti sekolah. Sebab apa? Sebab rasanya yang lazat dan menyegarkan. Jadi, jika anda nak makan ABC yang istimewa, datanglah ke medan selera Kampung Melayu. Udada Ubabye!!
ED: Rasanya sangat manis, tak boleh dimakan selalu...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan