Hai, pagi tadi ED menghantar adik ED ke Institut Pendidikan Guru Tun Hussein Onn (IPTHO) Batu Pahat. Dia ada temuduga di sana. Selepas adik ED pergi temuduga, ED tunggu di dalam kereta. Hampir setengah jam, baru ED perasan yang ED terlupa menutup lampu kereta. Akibat terlupa menutup lampu kereta, dah enjin kereta tak boleh hidup. Tambah malang lagi, hari hujan lebat pulak. ED terkurung dalam kereta seketika. Dugaan dugaan.....
Hujan lebat di IPTHO pagi tadi..
Hujan lebat... ED terkurung dalam kereta sahaja..
Apa kesudahan cerita pagi tadi? Alhamdulillah, ada orang yang membantu. ED meminta pertolongan orang yang parking di sebelah kereta ED. Kebetulan, dia mempunyai peralatan yang cukup untuk menghidupkan kereta ED. Akhirnya, masalah selesai. Syukur Alhamdulillah..... Pengajaran hari ini, jangan sesekali cuai menutup lampu kereta, nanti diri merana. Udada Ubabye!!
ED: setiap manusia biasa tidak terlepas dari silap dan leka..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan