Alhamdulillah, selesai juga tugasan ED di sekolah hari ini. Antaranya mengadakan jamuan akhir tahun kelas ED iaitu 4 Baiduri. Ada beberapa cerita menarik ED nak kongsikan kepada anda sekitar jamuan akhir tahun tadi.
Dah sedia? Ikuti corat-coret ED mengenai jamuan akhir tahun kelas 4 Baiduri 2012 di bawah ini.
Kisah 1: Seorang murid kelas ED memakai kasut ini bertalikan tali rafia. Dia ingat ada tema jamuan akhir tahun ke nak berfesyen2 bagai..
Kisah 2: Inilah hidangan jamuan kelas ED. Sederhana sahaja. Tahu tak? Bekas hidangan di atas baru ED beli semalam di Tesco. Kisahnya, kedai makan yang ED order makanan semalam menelefon ED bahawa kedainya tak cukup bekas makanan. Huhu..
Kisah 3: Bergambar kenang-kenangan satu kelas. Inilah anak murid ED tahun ini. Ada kisah juga tentang murid2 ED pagi tadi. Selepas jamuan ada seorang murid yang kentut berbau amat busuk. Kecoh satu kelas seketika.. Terpaksa ED keluar kelas mendapatkan udara segar. Hahaha...
Begitulah kisah2 jamuan akhir tahun kelas ED pagi tadi. Ada sebuah kisah lagi ED tak paparkan. Nak tahu? ED akhiri dengan sebuah lagi kisah pagi tadi. Udada Ubabye!!
Kisah terakhir
Ada seorang murid lelaki mengadu kepada ED bahawa dia telah ditumbuk oleh seorang murid perempuan. ED berjumpa dan bertanya dengan murid perempuan tersebut. Nak tahu kenapa dia tumbuk murid lelaki tersebut? Baca ni..
ED: Kenapa awak tumbuk SM (bukan nama sebenar)?
Murid: Dia kata dia nak jolok saya.
ED: Ha, memang padan muka dia. Bagus tindakan awak!
ED: Hari yang memenatkan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan