Hai, pagi tadi ED pergi ke sekolah kerana Perkhemahan Alam Sekitar 2012 untuk murid2 tahun 4 dan 5. Sebelum ini, perkhemahan murid tahun 6 di Tiram Indah Village. Perkhemahan Alam Sekitar diadakan selama 2 hari 1 malam dan bermula pada hari semalam. ED datang bertugas pada hari ini. Ada sesuatu yang ED nak kongsi kepada anda, Nak tahu? Baca catatan ini sehingga selesai..
Perkhemahan kali ini agak simple. Hanya diadakan di dalam kawasan sekolah. Tapak perkhemahan pula di dataran perhimpunan. Objektif, supaya murid dapat merasai pengalaman memasang khemah dan tidur di dalam khemah.
Suasana di tapak perkhemahan pagi tadi..
Bab paling seronok bila perkhemahan murid sekolah rendah adalah melihat barang2 yg mereka bawa. Berkhemah 1 malam, tetapi barang2 yg dibawa macam nak berkhemah seminggu. Lebih2 lagi murid perempuan. Mereka tak boleh lepas dengan patung dan bantal busuk mereka. Hehehe..
Lihat ni, bantal peluk bentuk kartun apa entah, murid perempuan bawa.. Hehe...
Selesainya perkhemahan tadi merupakan program sekolah terakhir kot yang ED ikuti. Mulai Isnin ini, ED dah kena jaga SPM. Cuti akhir tahun ED nanti sedikit sahaja sebab kena bertugas menjaga SPM. Okelah, Udada Ubabye!!
ED: Minggu depan dah cuti akhir tahun sekolah..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan